Isnin, 12 Mac 2012

Majlis Pelancaran Penggunaan Visualizers Di Dalam Bilik Darjah

PIBG sekolah telah membelanjakan RM 130,000.00 bagi memasang 20 set alatan Smart Clasroom di kelas Tahun 1 dan Tahun 6. Alatan ICT yang dipasang termasuk visualizers(5Mpixels), desktop PC, projector, projector wall screen dan speaker. Ini merupakan satu era baru dan titik permulaan dalam usaha meningkatkan keberkesanan P & P dalam bilik darjah melalui penggunaan alatan ICT yang canggih. Sasaran PIBG ialah menyediakan kemudahan ini di semua 51 kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Pada 22.02.2012 ( Rabu ), Majlis Pelancaran Penggunaan Visualizers Di dalam Bilik Darjah telah diadakan dan dirasmikan oleh pengerusi PIBG En. Tan Swee Beng.



Sila Klik : Kegunaan Visualizer

Ahad, 11 Mac 2012

Salam Berkenalan

Hai, rakan-rakan seperjuangan. Saya Tan Chor Hun, pelajar PPG UPSI Ambilan Khas ( 46/47) September 2011. Saya bertugas sebagai PK 1 di SJK(C) Pai Teik Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Mata pelajaran utama yang saya mengajar di sekolah ialah Sains Tahun 6. Blog ini direka khas untuk memenuhi kehendak Tugasan 3 Kursus Teknologi Maklumat Sekolah Rendah dalam semester 2.
Selamat Datang ke blog saya. Maklum balas anda adalah dialu-alukan!
Tempat Bertugas Saya
Free Tour 1
Free Tour 2
Free Tour 3